CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Detik

Thursday, December 24, 2009

result pmr

utk tahu result pmr penghuni asrama
layari asramasmktpg.blogspot.com

Monday, December 14, 2009

Blog asrama

www.asramasmktpg.blogspot.com
www.asramasmktpg.blogspot.com
www.asramasmktpg.blogspot.com
www.asramasmktpg.blogspot.com
www.asramasmktpg.blogspot.com

Thursday, December 10, 2009

Sesi 2009 TAMAT, sesi 2010 MULA

Sesi persekolahan bagi tahun 2009 sudah pun tamat. Begitu juga dengan asrama SMK Telok Panglima Garang. Villa ini hanya menempatkan pelajar sehingga peperiksaan SPM bagi kertas Lukisan Kejuruteraan (LK) pada 10 November 2009. Dan selepas dari tarikh ini, tiada lagi penghuni di asrama.

Begitulah tamatnya kehidupan mereka (pelajar tingkatan 5) sebagai penghuni Villa Asrama SMK Telok Panglima Garang. Segala perkara yang berlaku dan yang ditempuh hanya menjadi sejarah.

Bagi pelajar yang menetap di villa ini pada tahun lepas, kemasukan hanya berdasarkan borang permohonan yang dihantar dan keputusan sama ada diterima atau tidak bergantung kepada keputusan pihak warden dan akan dihantar ke rumah masing-masing. Paling lewat seminggu sebelum buka sesi persekolahan 2010.

Bagi pelajar tingkatan 6 yang memulakan kehidupan sebagai pelajar tingkatan 1 dan ingin menjadi sebahagian daripada warga villa, permohonan sudah dibuka dan borang-borang kemasukan boleh diambil di pejabat sekolah pada waktu pejabat.

Bagi tahun 2010, banyak perubahan yang akan dibuat demi menjadikan asrama terbilang negeri Selangor. Namun, semuanya mengikut ketentuanNya. Jika tiada masalah yang timbul, semuanya akan berjalan lancar. (* Masalah kewangan terutamanya, 2010 menunjukkan potongan dari segi perbelanjaan)

Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kemajuan Villa Asrama SMK TPG, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi warden asrama. Kami menerima segala bentuk bantuan sama ada dari segi kewangan, pealatan, khidmat kaunseling, kemanusiaan dan sebagainya.

Dan satu sahaja harapan saya dalam merealisasikan impian untuk memajukan villa adalah kerjasama daripada semua pihak terutamanya penghuni. Jika semua penghuni mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menjaga sikap serta prestasi akademik mereka, itu sudah cukup untuk membuktikan yang Villa Asrama SMK TPG maju.

Dan makluman bagi semua penghuni yang berjaya ditempatkan di villa pada tahun 2010, pendaftaran kemasukan akan dibuka seawal jam 8.00 pagi pada 4 Januari 2010 (Ahad) di tempat parking asrama. InsyaAllah. Pemeriksaan semasa pendaftaran akan dilakukan.

Ia merangkumi kekemasan diri, peralatan yang tidak dibenarkan dibawa dan maklumat diri serta perkara-perkara yang menyalahi undang-undang asrama dan sekolah. Jika para warden tidak berpuas hati, anda tidak dibenarkan untuk check in ke bilik yang ditetapkan.

AM.Problem

Kepada semua rakan-rakan, sahabat, pelajar dan semua yang mengenali diri ini...
da lama tak update blog ni...
nak buat macam mana...
nak online tak tahu nak guna apa...
buat masa sekarang, bradband tidak boleh di guna...
nak pegi cc... malas semacam...
bukan apa, ramai pelajarnya di situ...
apa pulak di kata orang..

tapi jangan risau...
bila da ok broadbandnye... banyak cerita nak dikongsi...
bukan setakat nasi lemak... nasi ayam, nasi beriani, segala macam nasi ada nanti...

dan blog terbaru yang sedang diusahakan adalah blog asrama...
khusus untuk cerita-cerita berkaitan asrama smk tpg sahaja...
silalah lawati dan tinggalkan komen anda untuk kemajuan asrama...

www.asramasmktpg.blogspot.com