Saya telah hampir 2 minggu menjejak kaki kembali di bumi ASPURA SMK Telok Panglima Garang. Bermacam-macam ragam telah saya tontoni sepanjang waktu singkat ini. Untuk kali ini, terdapat 2 perkara yang ingin dibangkitkan.
Pertama: Bau
Masalah ini sebenarnya telah lama dibangkitkan kerana ASPURA SMK TPG terlalu dekat dengan tempat pembuangan sampah. Masalah bau ini timbul apabila sampah-sampah ini lambat dikutip atau setelah dikutip. Ramai pelajar merungut kerana tidak selesa dengan bau tersebut. Sehinggakan mereka tidak sanggup untuk belajar di bilik bacaan kerana bilik ini memang berdekatan dengan tempat pembuangan tersebut. Saya mencadangkan agar diwujudkan tempat pembuangan yang jauh daripada ASPURA atau ASPURI.
Kedua: Dewan Makan
Pengurusan dewan makan bagi saya terlalu berhati-hati dalam aspek kebersihan. Itu bukan masalah besar. Yang menjadi masalahnya adalah apabila pelajar asrama dilarang menggunakan dewan makan kecuali pada waktu makan dan minum sahaja. Bagi saya, dewan makan asrama boleh digunakan bagi sebarang aktiviti yang berfaedah. Bukan sekadar menjadi tempat untuk makan dan minum sahaja. Ia boleh dijadikan tempat untuk pelajar asrama berkumpul.
Perkara yang paling saya tak faham sekali adalah sekiranya pihak pengurusan dewan makan asrama terlalu menjaga kebersihan, kenapa lantainya kotor? Saya selalu membuat latihan nasyid di dewan makan asrama. Apa yang saya dapati adalah kaki saya memang kotor (hitam) apabila keluar dari dewan makan. Ini menunjukkan pihak pengurusan dewan makan asrama kurang melakukan kerja-kerja pembersihan terutamanya di kawasan yang jarang digunakan iaitu di kawasan pentas.
Perkara yang saya timbulkan ini bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Cuma, ianya satu peringatan agar kita tidak lalai dalam melakukan tanggungjawab. Saya juga ada kelemahan sendiri dan cuba untuk memperbaikinya.
Sekian,
Wassalam.
Wednesday, April 8, 2009
AM.Masalah Asrama
Posted by A.M. at 6:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment