CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Detik

Saturday, January 14, 2012

T4B1N2 Tamadun Mesopotamia (Ciri-ciri)

(a) Ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia.
F1 Terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
F2 Di pusat kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar

F3 Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat

F4 Di dalam kota terdapat jalan raya yang lurus dan lebar

F5 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang

F6 Di luar kota terdapat kawasan tanah pamah , sungai dan pelabuhan

(b) Struktur organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia.
F1 Terbahagi kepada golongan pemerintah dan golongan rakyat

F2 Golongan pemerintah ialah raja, ketua pendeta, ketua tentera dan bangsawan

F3 Golongan rakyat ialah rakyat bebas dan hamba

F4 Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang

F5 Hamba terdiri daripada tawanan perang


(c) Kedudukan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.

F1 Raja merupakan pemerintah

H1a Raja sebagai ketua pentadbir

H1b Raja dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan keluarga diraja

F2 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan

F3 Raja adalah pemilik negara kota

F4 Sebagai ketua pendeta (berkuasa dalam hal-hal keagamaan)
F5 Raja sebagai ketua agama (berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat)
F6 Sebagai ketua tentera

(d) Perkembangan sistem tulisan tamadun Mesopotamia.

F1 Perkembangan ilmu pengetahuan membawa kepada kewujudan sistem tulisan tamadun Mesopotamia

F2 Bermula dalam bentuk tulisan bergambar

F3 Kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk simbol

F4 Ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu belum ada ciptaan kertas

F5 Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku

F6 Dikenali sebagai cuneiform


(e) Kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia.

F1 Merekodkan urusan pentadbiran

F2 Menulis surat kredit

F3 Merekod hasil dan cukai

F4 Mencatat aktiviti ekonomi

F5 Mencatat hal-hal keagamaan

F6 Menulis doa

F7 Menulis kesusasteraan

F8 Mengkatalog ubat-ubatan

0 comments: